Wednesday, 14 October 2015

Thinking...

15 Oct 2015

Bangun tido,
termenung fikir cara nak fahamkan Adik tajuk2 math yg dia still confused..
cara garang ke, cara berlembut..tetiba dgr bunyi azan..bingkas solat dulu lah.
Usai solat, syasya dh ready pakai telekung nak solat jugak..solatlah nak..
Then, kejut si kakak bgn..sambil tgn dh mula selak buku latihan math adik..
"Adik, kenapa cuai sgt ni? Sebelum ni adik tak mcm ni..very particular and detail orgnye"..Adik gosok2 mata, mencari mood barangÄ·ali.
"Bgn solat dulu, nanti mama ajar" Adik bingkas bangun..
Selesai adik solat dan Sementara kakak bersiap pakai seragamnya, mama ni dh sibuk mengajar adik..
Mama yg stress..
Bukan sbb mama nak tgk sgt adik terus2an dpt No.1 keseluruhan di sekolah,
Tp mama taknak adik frustrated mcm tahun lalu..
Bilamana memanjang adik dpt No.1, dan bila akhir tahun result adik drop dpt No.3..
Mama ingat lg adik nampak frustrated sgt..
Puas dipujuk, baru la adik tenang..

Selesai ajar adik, kakak pun dh ready ..
Mama pula bersiap sementara kakak breakfast..
Dlm hati terfikir "syok juga kalau dpt dating dgn babah ni.."
Suruh kakak tanya babah nak ikut tak hantar kakak ke sekolah..mulanya babah taknak, tp berubah fikiran plak di saat akhir..
Nak ikut katanya...wow, best nih..ngengada kan mama..
Benda sekecil itu pun boleh buat mama happy..